AKTIVITI SANTAI PETANG : ALOR SETAR BRISK WALK BERJAYA DILAKSANAKAN 28 APRIL 2026
Alhamdulillah, program Alor Setar Brisk Walk yang telah berlangsung pada Selasa, 28 April 2026 dimulakan dengan sesi aerobik yang penuh bertenaga, sebelum para peserta memulakan langkah brisk walk dengan penuh semangat.
Sekitar 4KM laluan santai berjaya ditempuhi oleh para peserta melalui lokasi menarik sekitar bandar:
Program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat, malah memberi peluang kepada peserta untuk “Terokai laluan santai dalam bandar” sambil menikmati keindahan Alor Setar serta mengeratkan hubungan komuniti.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua peserta, urus setia dan pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Jumpa lagi dalam program akan datang!
Jom terus aktif, jom sihat bersama! 
