DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR MEMERIAHKAN KAYUHAN SANTAI NEON SEMPENA HARI RTM KE-80

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 29 April 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir ke Program Kayuhan Santai Neon 80 yang telah berlangsung dengan jayanya dalam suasana yang penuh meriah dan berwarna-warni bertempat di Kompleks Pekan Rabu, malam semalam.
 
Perasmian Kayuhan Santai Neon 80 telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Penyiaran Negeri Kedah, Puan Rohani Musa; Ketua Bahagian Rancangan RTM Kedah, Puan Syahida Sabudin; Pengarah JPJ Kedah, Tuan Stien Van Lutam dan Pengerusi Koperasi Pekan Rabu, Encik Shahrizal Zolkepli.
 
Kayuhan ini bermula dari RTM Kedah menuju ke Kompleks Pekan Rabu dengan jarak lebih kurang 5 kilometer, melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat yang bersama-sama memeriahkan sambutan bersejarah ini.
 
Penganjuran kayuhan ini bertujuan menyemarakkan sambutan ulang tahun ke-80 Radio Televisyen Malaysia (RTM), di samping turut meraikan ulang tahun ke-80 Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) serta 100 tahun Pekan Rabu sebagai destinasi warisan yang terus menjadi kebanggaan negeri Kedah.
 
 
Skip to content