Majlis Perbandaran Kulim mengucapkan Selamat Menyambut Hari Ibu kepada seluruh insan bergelar ibu yang menjadi sumber kekuatan, kasih sayang dan inspirasi dalam kehidupan.

Bersempena sambutan Hari Ibu 2026 dengan tema “Seteguh Kasih Ibu”, pengorbanan, ketabahan dan kasih sayang seorang ibu amat besar nilainya serta menjadi tiang kekuatan dalam institusi keluarga dan masyarakat.

Semoga segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang dicurahkan oleh setiap ibu terus dihargai, disanjung serta diberkati sepanjang masa.

Selamat Hari Ibu 2026 buat semua ibu yang sentiasa menjadi cahaya, penawar dan kekuatan dalam setiap langkah kehidupan. 💕

#MajlisPerbandaranKulim

#hariibu

#seteguhkasihibu

Skip to content