KUNJUNGAN HORMAT INDAH UTARA AUTO SDN BHD DAN ALOR SETAR LM BIKERS CLUB KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
13 Mei 2025, Rabu – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan Indah Utara Auto Sdn Bhd dan Alor Setar LM Bikers Club di Ibu Pejabat MBAS.
 
Ia telah dihadiri oleh Mr Poh Cheng Hai dari Indah Utara Auto Sdn Bhd selaku Pengerusi LM Bikers dan Setiausaha LM Bikers, Mr Fong Chan Hap. Hadir sama Ahli Majlis MBAS Zon 3 ; Dato’ Chng Boon Chye.
 
Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan penganjuran Acara Kayuhan Basikal “Isuzu 16th Cycle For Health & Environment 2026” yang akan diadakan di Bandaraya Alor Setar pada 5 September tahun ini. Program ini telah dipersetujui sebagai platform sokongan kepada inisiatif MBAS dalam memperkasakan agenda bandar rendah karbon melalui pelaksanaan program “Alor Setar Car Free Saturday” pada bulan September nanti.
 
 
Skip to content