KUNJUNGAN HORMAT PIHAK PENGURUSAN BAS.MY KOTA SETAR KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 13 Mei 2026 (Rabu) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya terima kunjungan dari pihak Pengurusan BAS.MY Kota Setar, di Ibu Pejabat MBAS. Ia telah dihadiri oleh Pengarah Urusan Gopi Travel Tours Sdn Bhd selaku Pengendali Rangkaian BAS.MY Kota Setar, Datuk Gopinathan A/L Balasubramaniam serta pegawai-pegawai terlibat.
 
Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan perkembangan serta prestasi perkhidmatan menjelang setahun operasi BAS.MY di Alor Setar. Pada masa kini, sebanyak 31 buah bas beroperasi melibatkan lapan rangkaian bas sekunder yang menghubungkan pelbagai kawasan di bandar raya ini. Sesi perbincangan turut mengambil kira pandangan dan maklum balas yang diterima daripada warga bandar raya bagi menambah baik mutu pengangkutan awam sedia ada.
 
Pihak Pengurusan BAS.MY Kota Setar sentiasa komited untuk mempertingkatkan tahap perkhidmatan demi memastikan keselesaan dan kepuasan pengguna.
 
 
Skip to content