MBAS LAKSANA OPERASI BERSEPADU PREMIS INDUSTRI DAN PREMIS PERNIAGAAN (BENGKEL, SETOR DAN GUDANG), 15 KOMPAUN DAN 21 NOTIS DIKELUARKAN ATAS PELBAGAI KESALAHAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 13 Mei 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) melalui Bahagian Penguatkuasaan dan Jabatan Kesihatan Persekitaran telah melaksanakan satu operasi pengalihan dan sitaan terhadap struktur bangsal serta peralatan perniagaan yang menyebabkan halangan di hadapan Bazar MARA Pekan Langgar, pagi semalam.
 
Operasi itu dijalankan susulan aduan yang diterima bekaitan binaan gerai haram dan kegagalan pemilik premis mematuhi arahan notis pengosongan tempat awam yang telah ditetapkan.
 
Terdahulu, pemeriksaan awal pada 22 Feb 2026 yang lalu telah dijalankan dan mendapati pemilik gerai masih meninggalkan peralatan perniagaan seperti bangsal, kerusi, dan meja di tempat awam sehingga mencetuskan isu kekotoran. Selain itu, dua (2) buah bangsal kekal bersaiz 20×20 turut didirikan di bahu jalan yang menyebabkan halangan. Susulan itu, dua (2) notis di bawah Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 telah dikeluarkan kepada pemilik.
 
Tindakan meroboh dan menyita telah diambil pihak MBAS apabila apabila lawatan susulan pada pada 3 Mac dan 12 Mei 2026 mendapati pemilik gagal mematuhi arahan notis tersebut. Dalam operasi tersebut, pihak MBAS telah menyita satu (1) unit rangka khemah bersaiz 20×25 dan tiga (3) unit kiosk/stal niaga untuk dibawa ke stor rampasan bagi tindakan lanjut. Selain itu, tiga (3) buah bangsal lain yang didapati telah usang telah dirobohkan serta merta dan dibawa ke tapak pelupusan bagi memastikan kebersihan kawasan persekitaran tersebut.
 
Pihak MBAS ingin menegaskan bahawa sebarang tindakan mendirikan struktur kekal atau meninggalkan peralatan perniagaan di bahu jalan yang mengganggu laluan awam adalah merupakan satu kesalahan. Orang ramai dan para peniaga dinasihatkan agar sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselesaan dan keselamatan komuniti warga bandar raya Alor Setar.
 
 
Skip to content