KUBANG PASU – Majlis Perbandaran Kubang Pasu telah menyertai Program Transformasi Kebersihan Bandar Darulaman Jaya, yang dijalankan oleh pasukan SWcorp Kubang Pasu dan Syarikat konsesi pembersihan Environment Idaman Sdn Bhd.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah Libat urus bersama pengusaha premis perniagaan dan orang awam, pembersihan longkang di kawasan sekitar, penguatkuasaan kebersihan bersepadu dan kempen kesedaran awam pengurusan sampah kecil dan kitar semula. Aktiviti dijalankan ini adalah usaha berterusan bagi memastikan tahap pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam di Daerah Kubang Pasu di tahap yang terbaik. MPKP menyeru pengusaha premis makanan/bukan makanan dan penjaja kecil di kawasan ini mematuhi syarat pelesenan yang telah di tetapkan dari aspek pengurusan sisa makanan tidak terus di buang ke dalam longkang, halangan laluan awam di hadapan premis dan lorong belakang di hapuskan bagi memastikan tahap keselamatan serta kebersihan awam sentiada dalam keadaan terkawal.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content