



Kubang Pasu – Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) baru-baru ini telah menjalankan operasi pemantauan iklan di sekitar daerah ini, yang menyaksikan pemeriksaan terhadap 67 pelbagai jenis iklan serta pengeluaran 12 tawaran kompaun di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (MDKP) 2010. Sehubungan itu, MPKP mengingatkan orang ramai dan pemilik perniagaan agar sentiasa mendapatkan permit sah sebelum mempamerkan iklan, selain memastikan pembaharuan dilakukan sebelum tempoh tamat bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan. Pihak majlis turut menegaskan supaya bahan iklan yang telah tamat tempoh ditanggalkan dengan segera bagi menjamin kebersihan, keselamatan, dan imej persekitaran daerah Kubang Pasu kekal terpelihara.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
