TINDAKAN PENGUATKUASAAN TERHADAP PEMBUANGAN SISA SECARA HARAM DI TAMAN LAM SUN, ALOR SETAR
Alor Setar, 17 Mei 2026 – Melalui maklumat yang diperolehi dari video yang tular berkenaan pembuangan sisa secara haram oleh 2 individu, anggota penguatkuasa SWCorp Cawangan Alor Setar dan Padang Terap telah menjejaki pesalah berdasarkan maklumat nombor pendaftaran kenderaan. Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) di bawah Akta 672 telah dikeluarkan kepada pesalah atas kesalahan yang telah dilakukan.
SWCorp Cawangan Alor Setar dan Padang Terap memberi peringatan dan amaran kepada masyarakat Alor Setar agar sentiasa menjaga kebersihan dan mematuhi undang-undang yang telah ditetapkan.
