LAWATAN TAPAK TINJAU ISU BANJIR KILAT
Alor Setar, 14 Mei 2026 – Satu lawatan tapak telah diadakan bagi meninjau isu banjir kilat di kawasan terlibat bersama YB ADUN Derga, YB Muhamad Amri bin Wahab, Tuan Jurutera Daerah, Ir. Isnil Badril bin Ismail dan wakil Pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) serta pegawai daripada Majlis Bandaraya Alor Setar.
Lawatan ini bertujuan mengenal pasti punca utama kejadian banjir kilat serta meneliti tindakan jangka pendek dan jangka panjang yang boleh dilaksanakan demi keselamatan dan kesejahteraan penduduk setempat.
Hasil tinjauan dan perbincangan di tapak akan dijadikan panduan untuk tindakan susulan serta penyelarasan antara agensi berkaitan bagi memastikan isu ini dapat ditangani secara lebih berkesan.
Tinjauan ini memberi fokus kepada penelitian keadaan sistem perparitan, aliran air serta faktor-faktor yang menyumbang kepada kejadian banjir kilat di kawasan terlibat. Perbincangan teknikal dan penyelarasan antara agensi turut dilaksanakan bagi mengenal pasti tindakan penyelesaian yang lebih menyeluruh, efektif dan mampan.
Kerjasama strategik antara semua pihak amat penting dalam memperkukuhkan usaha mitigasi banjir demi mewujudkan persekitaran bandar yang lebih selamat, terancang dan berdaya tahan untuk masyarakat. Turut hadir Pegawai dari Jabatan Kesihatan Persekitaran dan Jabatan Kejuruteraan MBAS.
