



CHANGLUN – Yang Berhormat Dato’ Hjh. Halimaton Shaadiah Binti Saad, DSSS., SSS.,BKM. Adun Bukit Kayu Hitam merangkap Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat Perpaduan) telah berbesar hati hadir dan merasmikan Majlis Perasmian Kempen Premis Makanan Bersih 2026 dan menyertai Program Gotong-Royong yang diadakan Medan Selera Changloon.
Kempen ini merupakan inisiatif bersama Majlis Perbandaran Kubang Pasu dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam usaha memperkasa budaya kebersihan dan keselamatan makanan dalam kalangan para pengusaha premis makanan serta komuniti setempat. Medan Selera Changloon ini dipilih kerana potensinya sebagai pusat tumpuan awam dengan sasaran peningkatan taraf kebersihan daripada Gred B ke Gred A.
Aktiviti yang di jalankan pada hari nie memberi tumpuan secara bekerjasama antara pengusaha dan agensi untuk membuat pembersihan secara bersepadu dan aktiviti kitar semula.
Program yang di adakan hari ini melibatkan Ahli Majlis MPKP, pengusaha medan selera, komuniti dan agensi-agensi berkaitan sebagai simbol kolaborasi dalam penjagaan persekitaran premis makanan.
Pemerkasaan nilai kebersihan sebagai budaya harian, bukan sekadar untuk penilaian. MPKP juga berharap kempen ini menjadi pemangkin kepada MPKP sebagai Perbandaran yang 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇-𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇,𝐌𝐀𝐊𝐌𝐔𝐑 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan :
See less
