



KUBANG PASU – Kelab Kebajikan & Rekreasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu (KKDRMPKP) telah menganjurkan Program Jom Briskwalk yang berlangsung dengan jayanya pada pagi ini, Khamis, 21 Mei 2026, bermula jam 8.00 pagi tadi. Program komuniti sihat yang bermula dan berakhir di Gelanggang Serbaguna MPKP ini menyaksikan para peserta ceria melengkapkan laluan khas merangkumi kawasan sekitar Kompleks Pentadbiran Kubang Pasu, laluan flyover, sehinggalah ke pintu Dewan Wawasan. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta yang hadir dengan berpakaian sukan lengkap dan penuh semangat; semoga aktiviti riadah bertenaga seperti ini dapat terus menyemarakkan gaya hidup sihat, harmoni, dan ceria dalam kalangan warga kerja serta komuniti MPKP!
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan :
