KUNJUNG HORMAT DATUK BANDAR ALOR SETAR KE ATAS KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF PERBADANAN PENGURUSAN SISA PEPEJAL DAN PEMBERSIHAN AWAM (SWCORP) MALAYSIA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
 
Cyberjaya, 20 Mei 2026 (Rabu) – Datuk Bandar Alor Setar, YBhg Dato’ Hj Abdul Gafar Yahya telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (Swcorp), Tuan Khalid bin Mohamed, hari ini.
 
Kunjungan tersebut diadakan untuk membincangkan isu Pemotongan Sumbangan Kumpulan Wang Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersih an Awam (KWPSPPA) oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS).
 
Turut hadir dalam kunjungan hormat ini ialah Pengarah Jabatan Kewangan MBAS, En. Mohamad Najib Mohd Salleh; Pegawai Undang-Undang MBAS, YBrs. Dr. Elina Mohd; Timbalan Pengarah Penguatkuasaan dan Promosi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Jazilah Jalaludin serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content