KUNJUNGAN HORMAT AHLI PARLIMEN KUALA KEDAH KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 21 Mei 2026 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya terima kunjungan Ahli Parlimen Kuala Kedah, Dr. Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi di Ibu Pejabat MBAS, hari ini.
Kunjungan ini diadakan bagi membincangkan beberapa perkara berkaitan masalah prasarana serta kemudahan awam di dalam kawasan Parlimen Kuala Kedah.
Semoga pertemuan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
