LAWATAN TAPAK BERKAITAN ISU BANJIR DI TAMAN PUTERI, POKOK SENA DAN KAWASAN SEKITARNYA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Pokok Sena, 21 Mei 2026 (Khamis) – Satu lawatan tapak telah diadakan oleh Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi meninjau isu banjir kilat yang sering berlaku di Taman Puteri dan kawasan sekitarnya, hari ini.
 
Lawatan ini bertujuan mengenal pasti punca permasalahan serta membincangkan cadangan tindakan dan projek penyelesaian jangka pendek serta jangka panjang demi kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.
 
Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah YB ADUN Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmud Al Hafiz; Tuan Setiausaha MBAS, Encik Mohamad Shahuri Mohamad Norlin; Pengarah Jabatan Kejuruteraan MBAS, Tuan Haji Md Nayan Bin Bahari; Ahli Majlis MBAS, Puan Robiah binti Dahaman serta pegawai-pegawai daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan agensi-agensi berkaitan.
 
Skip to content