HEBAHAN LELONGAN KHAS HAIWAN TERNAKAN

Dimaklumkan bahawa Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan mengadakan satu sesi lelongan khas haiwan ternakan yang melibatkan sebanyak 22 ekor ayam untuk dijual kepada orang awam.

Tarikh : 25 Mei 2026 (Isnin)
Masa : 9:30 pagi
Tempat : Bengkel MPSPK, Jalan Lencongan Timur

Haiwan untuk dilelong: 22 ekor ayam

Lelongan ini diadakan secara terbuka kepada orang ramai dan merupakan peluang kepada individu yang berminat untuk mendapatkan haiwan ternakan melalui proses bidaan pada harga yang kompetitif. Orang ramai dijemput hadir bagi menyertai sesi lelongan ini. Kehadiran awal adalah digalakkan bagi memudahkan urusan pendaftaran serta semakan sebelum proses lelongan dijalankan.

Sebarang urusan dan keputusan lelongan adalah tertakluk kepada syarat serta peraturan yang ditetapkan oleh MPSPK.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi talian 04-429 6666 sambungan Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai sesi lelongan khas ini!

Skip to content