DATUK BANDAR ALOR SETAR HADIR SEMPURNAKAN ACARA PELEPASAN PELIKAT BATIK HALF MARATHON x HARI BELIA NEGARA 2026
Alor Setar, 23 Mei 2026 – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah hadir menyempurnakan acara pelepasan Pelikat Batik Half Marathon x Hari Belia Negara 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah bertempat di Menara Alor Setar, pagi tadi. Acara pelepasan tersebut telah disempurnakan bersama Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin.
Program yang mengetengahkan elemen gaya hidup sihat dan warisan budaya melalui tema pelikat dan batik ini berjaya menarik penyertaan lebih 1,500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat. Sebanyak tiga kategori dipertandingkan dalam acara ini iaitu 21 kilometer (Half Marathon), 10 kilometer, 5 kilometer (Fun Run). Penganjuran pelbagai kategori ini memberi peluang penyertaan menyeluruh kepada golongan profesional, amatur, keluarga dan kanak-kanak dalam acara larian.
Penganjuran program ini bukan sahaja mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat, malah turut mengangkat identiti budaya tempatan melalui konsep pelikat dan batik yang unik serta kreatif.
