KUNJUNGAN HORMAT PIHAK JABATAN KERAJAAN TEMPATAN, KPKT KE ATAS DATUK BANDAR ALOR SETAR
Alor Setar, 21 Mei 2026 (Khamis) – Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya telah terima kunjungan pihak Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT), Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) di Ibu Pejabat MBAS.
Ia telah dihadiri oleh Pengarah Bahagian Inspektorat JKT, Puan Nur ‘Aishah Norodin; Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JKT, Encik Ruslan Ngah; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Inspektorat JKT, Encik Alexander Larry Aloysius; Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Maklumat JKT, Encik Mohamad Deny Jamaludin; Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Maklumat JKT, Encik Mohd Shahrill Lazim serta pegawai-pegawai terlibat.
Pelbagai perkara telah dibincangkan dalam pertemuan tersebut bagi mengukuhkan lagi hubungan kerjasama strategik antara kedua-dua pihak dalam meningkatkan mutu perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
Hadir sama dalam pertemuan tersebut ialah Pengarah Kesihatan Persekitaran MBAS, Encik Khairudin Idris; Timbalan Pengarah Kawalan dan Promosi, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS, Puan Narisa Mohd Hashim serta Pegawai Teknologi Maklumat MBAS, Encik Muhammad Anas Abd Rahim.
