MBAS, E-IDAMAN BANTU PIHAK KONSESI THB DAN BDB BAGI KERJA-KERJA PEMOTONGAN RUMPUT DI JALAN-JALAN TERLIBAT.

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 23 Mei 2026- Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bersama e-Idaman Sdn. Bhd. telah menjalankan kerja-kerja pemotongan rumput di jalan-jalan terlibat sebagai inisiatif membantu kelancaran operasi pihak konsesi penyelenggaraan jalan, iaitu THB Maintenance Sdn. Bhd. dan BDB Infra Sdn. Bhd. bagi memastikan Bandar Alor Setar kekal bersih dan indah menjelang Aidiladha 1447H menyambut kepulangan perantau.
 
Pelaksanaan kerja-kerja pemotongan rumput dan pembersihan ini memfokuskan kepada laluan-laluan utama berikut:
 
Kawasan Seliaan Konsesi THB Maintenance Sdn. Bhd.:
• Lebuhraya Darulaman
• Lebuhraya Sultan Abd Halim
• Lebuhraya Sultanah Bahiyah
• Jalan Langgar
• Jalan Kuala Kedah
 
Kawasan Seliaan Konsesi BDB Infra Sdn. Bhd.:
• Persiaran Sultan Abd Hamid
• Jalan Sultan Badlishah
• Jalan Stadium
• Jalan Tun Razak
• Jalan Gangsa
 
Skip to content