PERASMIAN SAMBUTAN HARI BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI KEDAH 2026
Alor Setar, 22 Mei 2026 – Majlis Perasmian Sambutan Hari Belia Negara (HBN) 2026 Peringkat Negeri Kedah telah disempurnakan dengan gilang-gemilang oleh Menteri Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dr. Mohammed Taufiq bin Johari. Program yang menghimpunkan sejumlah besar anak muda ini berlangsung meriah bertempat di Dataran Starwalk, Alor Setar.
Hadir sama ialah EXCO Belia dan Sukan Negeri Kedah, YB Muhammad Radhi bin Mat Din; Pengarah ICU Kedah, YBrs. Dato’ Haji Zepri bin Saad; Ketua Polis Negeri Kedah, YDH CP Datuk Adzli bin Abu Shah; Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya; Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Puan Azura Hj Sarbin, dan Presiden Belia Negeri Kedah Encik Amik Mursyidi bin Dato Samsuddin.
Sambutan Festival Belia @ Hari Belia Negara 2026 Peringkat Negeri Kedah ini berlangsung selama dua hari, bermula dari 22 hingga 23 Mei 2026. Sepanjang festival ini berlangsung, pelbagai pengisian program serta aktiviti menarik dan bermanfaat dianjurkan khusus buat golongan belia.
