Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Bengkel Kesedaran Peralihan dan Audit Dalam MS ISO 37001:2025 pada 17 hingga 19 Mei 2026 bertempat di Dewan Alamanda, Kulim Inn.

Bengkel ini telah disampaikan oleh Encik Mohd Kamal Fitri bin Mohd Ghazali selaku penceramah jemputan. Turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi Bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK dan Puan Noorul Azyyati Binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK.

Penganjuran bengkel ini bertujuan meningkatkan kefahaman peserta berhubung keperluan standard MS ISO 37001:2025, proses peralihan daripada versi terdahulu serta pelaksanaan audit dalaman yang sistematik dan berkesan.

Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta telah diberi pendedahan berkaitan pengurusan risiko rasuah, keperluan dokumentasi, pematuhan, teknik audit dalaman serta latihan praktikal melalui kajian kes dan sesi perbincangan.

Semoga penganjuran bengkel ini dapat terus memperkukuh budaya integriti, tadbir urus yang baik serta pematuhan terhadap sistem pengurusan antirasuah dalam organisasi.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#kulimindahbersihmajuselamat

Skip to content