







21 Mei 2026 – Satu operasi bersepadu di bawah penyelarasan Pejabat Daerah dan Tanah Kulim telah dilaksanakan bagi tindakan penguatkuasaan terhadap bengkel tanpa kebenaran di atas Tanah Kerajaan Tumpu Lot 358, Bandar Kulim, Seksyen 37, Daerah Kulim, Kedah Darul Aman selaras dengan Seksyen 425 Kanun Tanah Negara (Akta 828).
Dalam operasi ini, Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) turut terlibat bersama beberapa agensi dan jabatan lain antaranya Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Air Darul Aman (SADA) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Pelaksanaan operasi ini bertujuan memastikan pematuhan terhadap peraturan yang berkuat kuasa, menjaga kepentingan awam serta memastikan kawasan terlibat berada dalam keadaan selamat dan teratur.
Semoga kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat dapat terus diperkukuh dalam usaha memastikan setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan secara tersusun, berhemah dan demi kepentingan awam.