25 Mei 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah melaksanakan Program Sumbangan Khemah sempena penyusunan semula penjaja di kawasan Taman Kota Kenari bagi memastikan suasana perniagaan yang lebih teratur dan selesa di lokasi baharu.

Sebanyak 21 buah khemah telah disumbangkan kepada para penjaja sebagai tanda sokongan dan keprihatinan pihak MPKK terhadap kelangsungan perniagaan mereka. Penyusunan semula lokasi penjaja ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian A yang melibatkan 13 orang peniaga dan Bahagian B melibatkan 8 orang peniaga.

Penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Encik Ahmad Fadzli bin Salleh, Ahli Majlis Zon 6. Turut hadir ialah Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran, Encik Badrulhilmi bin Sulaiman, Pengarah Jabatan Penguatkuasaan serta wakil-wakil jabatan dalaman MPKK.

MPKK merakamkan penghargaan kepada semua penjaja atas kerjasama yang diberikan dalam menjayakan pelaksanaan program ini. Orang ramai juga dijemput untuk hadir dan terus memberi sokongan kepada para penjaja di kawasan Taman Kota Kenari.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content