ISU HOTEL KOTOR TULAR, MBAS BERTINDAK SERTA-MERTA DAN TIDAK AKAN BERKOMPROMI SOAL KEBERSIHAN

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 28 Mei 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) hari ini melalui tindakan bersepadu Jabatan Kesihatan Persekitaran, Bahagian Penguatkuasaan, serta Bahagian Pelancongan dan Kebudayaan telah mengeluarkan dua (2) kompaun dan satu (1) notis selepas menjalankan satu pemeriksaan terhadap sebuah hotel di sini, susulan tularnya sebuah video di laman Facebook yang memaparkan ketidakpuasan hati seorang pengunjung berhubung tahap kebersihan premis berkenaan.
 
Tindakan penguatkuasaan itu diambil selepas satu pemeriksaan dibuat ke atas beberapa bilik termasuk bilik yang diadu di hotel terbabit mendapati secara keseluruhannya, tahap kebersihannya adalah tidak memuaskan dan memerlukan tindakan penambahbaikan segera.
 
Tindakan serta-merta telah diambil dengan (1) satu kompaun telah dikeluarkan ke atas pihak hotel atas kesalahan gagal menyelenggara premis dengan baik sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Hotel (MBAS) 2010 berhubung kebersihan premis. Manakala (1) satu lagi kompaun turut dikenakan di bawah Undang-Undang Mencegah Kekotoran (PBTNK) 1983 atas kegagalan menjaga kebersihan bahagian dapur selepas pemeriksaan mendapati perangkap minyak telah rosak sehingga menyebabkan kekotoran sisa makanan.
 
Selain daripada tindakan kompaun, satu notis di bawah UUK Hotel (MBAS) 2010 turut dikeluarkan dengan memberikan tempoh tujuh (7) hari kepada pihak hotel bagi tujuan pembetulan dan penambahbaikan.
 
Dalam pada itu, hasil perbincangan bersama pihak pengurusan hotel berkenaan telah mengakui kelemahan yang berlaku, menerima teguran yang diberikan, serta menyatakan komitmen untuk melaksanakan tindakan pembersihan dan penambahbaikan dengan kadar segera.
 
Bagi memastikan pematuhan terhadap kehendak undang-undang dan standard kebersihan premis penginapan dipatuhi sepenuhnya, satu pemeriksaan susulan akan dilaksanakan oleh MBAS bersama pihak Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selepas ini. Langkah tegas ini diambil bagi menyatakan pihak MBAS tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam memastikan aspek kebersihan sentiasa dipelihara.
 
 
Skip to content