DUA KAKITANGAN MBAS SERTAI LANGKAWI SWIMMING FEST (LSF) 2026
Langkawi, 31 Mei 2026 – Dua (2) kakitangan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah sertai Langkawi Swimming Fest (LSF) 2026 yang telah berlangsung di Tanjung Rhu, Langkawi baru-baru ini.
Encik Norhaimi bin Ariffin dari Bahagian Perkhidmatan Bandar MBAS telah meraih tempat kedua bagi kategori Open Master 50-59 dan Encik Mohamad Annuar bin Saidin dari Bahagian Pengurusan Harta MBAS telah meraih tempat ketiga bagi kategori Open Master 40-49 selepas menamatkan cabaran sejauh 4KM dalam kategori masing-masing dalam acara itu.
Festival renang edisi ke-7 itu dianjurkan oleh Tough Gorilla dengan kerjasama Tourism Malaysia dan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), yang telah berjaya menarik penyertaan seramai 317 peserta daripada 7 buah negara. Acara ini turut dimasukkan dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia 2026.
Sebanyak lima kategori telah dipertandingkan, iaitu kategori terbuka untuk jarak 8 kilometer, 4 kilometer, 2 kilometer, 1 kilometer dan 400 meter bagi kategori kanak-kanak.
