𝟕 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐏𝐀𝐍𝐓𝐀𝐈 𝐋𝐄𝐒𝐓𝐀𝐑𝐈

Program Pantai Lestari: Jejak Kita Menuju Pantai Bersih telah berlangsung pada 7 Jun 2026 di Pantai Murni, Yan melibatkan seramai 28 orang peserta daripada Kelab LOGTRANS, School of Technology Management & Logistics, Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan iringan Dr. Muzani bin Zainon selaku pensyarah pengiring.

Program yang dijalankan dari 7.00 pagi hingga 2.00 petang ini bertujuan untuk memberi sumbangan kepada komuniti setempat melalui aktiviti kesukarelawanan, meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar serta kebersihan kawasan pantai, di samping memupuk semangat kerja berpasukan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan pelajar.

Pelaksanaan program ini mencerminkan komitmen golongan mahasiswa dalam menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar dan mewujudkan persekitaran yang lebih bersih, selamat serta lestari untuk manfaat masyarakat setempat dan generasi akan datang.

Pihak Majlis Daerah Yan merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta, pihak penganjur serta individu yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Skip to content