3 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada YDH SUPT Tuan Syamsul bin Sinring, Ketua Polis Daerah Kulim, bersama YDH Tengku Mohd Faisal bin Tengku Yeng, Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim.

Kunjungan ini merupakan platform untuk memperkukuh hubungan kerjasama antara MPKK dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim dalam usaha memastikan aspek keselamatan, ketenteraman awam dan kesejahteraan masyarakat di daerah Kulim sentiasa terpelihara.

MPKK berharap pertemuan ini dapat mempererat kerjasama antara kedua-dua pihak serta menyokong usaha berterusan ke arah menjadikan Kulim sebuah daerah yang selamat, harmoni dan sejahtera untuk didiami.

Klik untuk gambar sekitar program

Skip to content