MENJUNJUNG KASIH TUANKU | DYAM TUNKU MAHKOTA KEDAH & DYAM TUNKU PUAN MAHKOTA KEDAH BERANGKAT KE PROGRAM 'ALOR SETAR CAR FREE SATURDAY' EDISI JUN 2026
Alor Setar, 6 Jun 2026 – Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tunku Mahkota Kedah dan Duli Yang Amat Mulia Che Puan Nur Julie Ariff, Tunku Puan Mahkota Kedah perkenan berangkat ke Program Alor Setar Car Free Saturday (CFS) Edisi Jun 2026 yang berlangsung di Dataran Medan Bandar.
Keberangkatan DYAM Tunku berdua disambut oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, YB Dato’ Seri Haji Norizan Khazali; Datuk Bandar Alor Setar, YBhg. Dato’ Haji Abdul Gafar Yahya, Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohd Norlin serta dif-dif kehormat yang hadir.
Sebagai tanda sokongan terhadap penganjuran program tersebut, DYAM Tunku Mahkota Kedah perkenan menyertai acara Jom Kayuh Gerek, manakala DYAM Tunku Puan Mahkota Kedah perkenan menyertai acara Fun Run bersama para peserta yang mengambil bahagian.
Penganjuran Alor Setar Car Free Saturday (CFS) Edisi Jun 2026 yang bertemakan ‘Green Heritage Day’ ini telah berjaya meraih kira-kira 1,500 peserta dari pelbagai lapisan masyarakat.
