MESYUARAT JAWATANKUASA BIRO INOVASI & TRANSFORMASI PERSATUAN PIHAK BERKUASA TEMPATAN MALAYSIA (MALA) BIL. 2/2026 & TAKLIMAT PERTANDINGAN INOVASI MALA 4.0 PIALA YB MENTERI KPKT

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Manjung, 5 Jun 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Biro Inovasi & Transformasi Persatuan Pihak Berkuasa Tempatan Malaysia (MALA) Bil. 2/2026 yang berlangsung bertempat di Dewan Kaunselor, Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Majung, Perak. Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Tn. Hj. Bohari Md. Yusof yang mewakili YBhg. Datuk Bandar Alor Setar selaku Pengerusi Biro Inovasi & Transformasi MALA.
 
Turut berlangsung ialah Taklimat Pertandingan Inovasi Mala 4.0 Piala YB Menteri KPKT (2026-2027) yang telah diadakan bertempat di Dewan Anjung Perdana, Majlis Perbandaran Manjung (MPM). Taklimat tersebut turut disampaikan oleh Tn. Hj. Bohari Md. Yusof kepada wakil-wakil Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari seluruh negara.
 
Skip to content