EDARAN RISALAH DAN HEBAHAN PROGRAM LIBAT URUS LESEN KHAS BERTEMPOH SIRI 2 DAN PROGRAM PELESENAN ANJING DI DAERAH POKOK SENA

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Pokok Sena, 9 Jun 2026 – Jabatan Kesihatan Persekitaran MBAS telah melaksanakan aktiviti edaran risalah jemputan Program Libat Urus Lesen Khas Bertempoh Siri 2 serta Program Pelesenan Anjing di sekitar daerah Pokok Sena. Aktiviti ini bertujuan memberi pendedahan dan menyampaikan maklumat kepada komuniti setempat mengenai pelbagai inisiatif yang diperkenalkan oleh Bahagian Pelesenan MBAS dalam usaha memastikan semua peniaga di kawasan pentadbiran MBAS memperoleh lesen perniagaan yang sah dengan lebih mudah, cepat dan efisien.
 
Melalui pelaksanaan inisiatif Lesen Khas Bertempoh, para peniaga berpeluang mendapatkan lesen perniagaan secara segera tanpa perlu berdepan dengan proses birokrasi yang kompleks, sama ada dari aspek penyediaan dokumen mahupun urusan kelulusan lesen. Pendekatan ini mencerminkan komitmen MBAS dalam memperkasakan sistem penyampaian perkhidmatan yang mesra pelanggan, cekap dan berorientasikan rakyat.
 
Program seumpama ini akan terus dipergiatkan dari semasa ke semasa bagi memudahkan urusan komuniti setempat, meningkatkan tahap pematuhan pelesenan serta menyebarluaskan maklumat berkaitan perkhidmatan yang disediakan oleh MBAS. Turut sama membantu dalam aktiviti lapangan ini ialah Ketua Unit MBAS Cawangan Pokok Sena yang bertindak sebagai pemudah cara dalam memastikan kelancaran urusan edaran dan penyampaian maklumat kepada masyarakat.
 
“Lesen Segera, Perniagaan Sah, Bandaraya Berdayahuni”
 
 
Skip to content