MBAS TERIMA KUNJUNGAN SAHABAT PBT MBSJ

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH
Alor Setar, 11 jun 2026 – Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menerima kunjungan mesra sahabat PBT Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) yang diketuai oleh Pengarah Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ, En. Muhammad Azli Bin Miswan, pagi tadi. Lawatan kerja seramai 33 orang kakitangan MBSJ itu telah disambut mesra oleh Pengarah Jabatan Korporat dan Strategik MBAS, Tn. Hj. Bohari Md. Yusof serta pegawai-pegawai MBAS bertempat di Dewan Mesyuarat UTC Kedah, Aras 5, Bangunan UTC Kedah.
 
Objektif lawatan ini adalah bertujuan untuk berkongsi maklumat dan idea mengenai pelaksanaan amalan terbaik (best practices) oleh kedua-dua PBT terutama dalam pengurusan kualiti, pengurusan aduan dan komunikasi korporat serta pengurusan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Pihak MBAS mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak MBSJ atas kunjungan ini. Semoga lawatan kerja yang diadakan ini membantu mempertingkatkan hubungan kerjasama antara kedua-dua PBT dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada masyarakat.
 
Hadir sama Ketua Bahagian Kualiti dan Komunikasi Korporat MBAS, En. Mohamad Syafiq bin Mohamad Najib; Ketua Bahagian Penguatkuasaan MBAS, En. Ahmad Syaher Abu Bakar serta pegawai-pegawai terlibat.
 
 
Skip to content