KENYATAAN TAWARAN SEBUT HARGA
Terbuka kepada pembekal yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia serta MPSPK yang masih dibenar membuat kerja-kerja sebutharga adalah dipelawa untuk mendaftar bagi bekalan sebutharga di bawah ini.
| BIL | NO SEBUT HARGA | PROJEK | KOD BIDANG MOF |
| 1 | 80/2026 (KEJ) | SEBUTHARGA BAGI MEMBEKAL DAN MENGHANTAR MESIN TERMASUK PERALATAN KERJA UNTUK MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI KEDAH BAGI TAHUN 2026 | BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA KOD BIDANG 130101 ATAU 130102 ATAU 140102 ATAU 140502 |
Dokumen tawaran ini boleh didapati dari Jabatan Kewangan (Seksyen Perolehan) mulai 16 JUN 2026 pada hari dan waktu seperti di bawah :-
| Ahad – Rabu | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 4.30 petang | ||
| Khamis | : | 8.30 pagi – 12.45 tengah hari |
| 2.15 petang – 3.00 petang |
Penyebutharga dikehendaki membawa Sijil Pendaftaran Asal Dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan satu salinan sijil tersebut beserta resit pendaftaran kontraktor MPSPK semasa membeli dokumen sebutharga.
Dokumen sebutharga boleh dibeli dengan Harga RM 20.00 (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Sahaja) yang tidak dikembalikan. Pembayaran hendaklah dibuat di dalam bentuk (kad debit / kad kredit / boost / Touch n Go ewallet)
Tarikh tutup sebut harga ialah pada 23 JUN 2026, jam 12.00 tengah hari. Dokumen tawaran sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri/bermeteri nama tawaran dan dimasukkan ke dalam Peti Sebutharga di alamat Tingkat 4, Jabatan Kewangan, Bangunan Menara MPSPK, Majlis Perbandaran Sungai Petani, Jalan Patani 08000 Sungai Petani, Kedah.
Pihak kerajaan tidak terikat untuk menerima tawaran yang terendah sekali daripada mana-mana tawaran.
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN SUNGAI PETANI
Tarikh Iklan : 15 Jun 2026