PENSIJILAN SEMULA MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2025 & ISO/IEC 27001:2022

KLIK SINI UNTUK BERITA BERGAMBAR PENUH

Alor Setar, 15 Jun 2026 – Sesi pembukaan audit pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. ke atas Majlis Bandaraya Alor Setar bagi pensijilan semula MS ISO 9001:2015, ISO 37001:2025 & ISO/IEC 27001:2022 yang berlangsung pagi tadi bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Menara MBAS. Sesi tersebut telah dipengerusikan oleh Tuan Setiausaha MBAS, En. Mohamad Shahuri Mohd Norlin.
 
MBAS akan menjalani proses pengauditan oleh pihak SIRIM QAS International Sdn. Bhd. selama 2 hari dari 15 Jun 2026 hingga 16 Jun 2026.
 
Pihak Pengurusan MBAS menyambut baik kehadiran pasukan audit SIRIM dan memberikan komitmen penuh untuk bekerjasama dalam menyediakan segala rekod dan dokumen yang diperlukan bagi tujuan semakan dan pengesahan.
 
Skip to content