MENYULAM BAKTI, MENERUSKAN LEGASI

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Encik Mohammad Hasbullah bin Abd Hadi atas segala jasa, komitmen serta sumbangan yang telah dicurahkan sepanjang menjalankan tugas sebagai Setiausaha MPSPK.

Warga MPSPK mengucapkan tahniah atas pelantikan beliau sebagai Pegawai Daerah Pokok Sena. Semoga terus cemerlang dalam menggalas amanah baharu serta diberikan kejayaan dalam memacu pembangunan dan kesejahteraan masyarakat di daerah tersebut.

Pada masa yang sama, MPSPK mengalu-alukan kehadiran Encik Mohamad Hilmi bin Marzuki sebagai Setiausaha MPSPK yang baharu. Semoga dengan pengalaman, kepimpinan dan idea yang dibawa, beliau dapat bersama-sama seluruh warga kerja MPSPK memperkukuh penyampaian perkhidmatan serta meneruskan agenda pembangunan bandar yang mampan dan berdaya saing.

Sesungguhnya, pertukaran pegawai merupakan sebahagian daripada proses memperkukuhkan pentadbiran dan memperluaskan pengalaman dalam perkhidmatan awam. MPSPK mendoakan agar kedua-dua Pegawai Tadbir Negeri Kedah ini sentiasa diberikan kesihatan, keberkatan dan kejayaan dalam melaksanakan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Terima kasih atas jasa yang ditinggalkan, selamat datang kepada kepimpinan yang diteruskan.

Skip to content