11 Jun 2026 – Melalui inisiatif Pelesenan Aktif dan Hebahan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar MPKK 2026, pihak MPKK turun padang secara bersemuka di sekitar kawasan Pekan Kulim, Bandar Putra, Lembah Impiana dan sekitar Kawasan Kulim bagi memberi penerangan kepada orang ramai berkaitan kepentingan lesen anjing dan tanggungjawab sebagai pemilik haiwan peliharaan.

Pihak MPKK juga turut memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai kaedah mudah membuat permohonan lesen anjing secara dalam talian, bagi memudahkan pemilik haiwan melengkapkan proses pelesenan dengan lebih cepat, jelas dan teratur.

Pendekatan ini bukan sahaja memudahkan pemilik mendapatkan maklumat yang tepat mengenai proses pelesenan, malah turut meningkatkan kesedaran bahawa setiap haiwan peliharaan perlu dijaga dengan baik, dikawal, berlesen dan tidak dibiarkan berkeliaran sehingga mengganggu keselamatan serta kesejahteraan komuniti.

Setiap anjing yang dijaga dengan baik mampu membentuk komuniti yang lebih selamat, bersih dan harmoni. Kerana sayang bukan hanya memberi makan, tetapi juga memastikan mereka berlesen, terkawal dan tidak mengganggu persekitaran.

Jom jadi pemilik yang bertanggungjawab — lesenkan anjing anda, sayangi mereka, dan jangan biarkan mereka terbiar.

“𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚”

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#kempenpengurusanhaiwanterbiar

#kasihuntukyangtidakbersuara

#kementerianperumahandankerajaantempatan

Skip to content