11 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan Perhimpunan Korporat Bulanan yang berlangsung di Perkarangan Lobi MPKK dengan penyertaan seluruh warga kerja MPKK.

Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Negaraku, Lagu Allah Selamat Sultan dan Lagu Perkhidmatan Awam, diikuti bacaan ikrar serta bacaan doa. Seterusnya, majlis diteruskan dengan ucapan aluan oleh Encik Ahmad Shakir bin Arus, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran selaku urus setia majlis.

Perhimpunan turut disempurnakan dengan amanat oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan memperkukuh kecekapan penyampaian perkhidmatan awam melalui pemerkasaan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam (ARPA). Beliau turut menyeru agar setiap jabatan menilai semula proses kerja sedia ada bagi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih cekap, efektif dan berimpak tinggi kepada masyarakat.

Selain itu, warga MPKK turut menerima hebahan berkaitan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar MPKK 2026 yang bertemakan “Kasih Untuk Yang Tidak Bersuara” serta Program Pengumpulan Sisa Elektronik (e-Waste) sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia.

Semoga semangat kebersamaan, integriti dan kecemerlangan perkhidmatan terus menjadi teras dalam memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada warga Kulim.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content