KAUNTER BERGERAK CUKAI PINTU MPSPK BULAN JUN 2026

Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) akan mengadakan Kaunter Bergerak Cukai Pintu seperti ketetapan berikut:

Lokasi: Masjid Kariah Matang Gedong, Sungai Petani
Tarikh: 19 Jun 2026 (Jumaat)
Masa: 9.00 pagi – 3.00 petang

Orang ramai dijemput hadir bagi membuat semakan dan pembayaran cukai pintu dengan lebih mudah dan cepat.

Pelanggan dinasihatkan supaya mengaktifkan kad debit, kad kredit atau perbankan dalam talian (online banking) bagi memudahkan urusan pembayaran di kaunter bergerak.

Jom jelaskan cukai pintu anda dan nikmati perkhidmatan yang disediakan oleh MPSPK!

Skip to content