𝐀𝐘𝐔𝐇 𝐖𝐀𝐑𝐆𝐀 𝐊𝐔𝐋𝐈𝐌, 𝐏𝐈𝐋𝐈𝐇 𝐌𝐄𝐑𝐂𝐔 𝐓𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐑𝐔 𝐊𝐈𝐓𝐀!

Pertandingan Reka Bentuk Arca ini telah dibuka untuk penyertaan bermula 11 Mei 2026 hingga 31 Mei 2026, dan sepanjang tempoh tersebut MPKK telah menerima sebanyak 16 penyertaan daripada para peserta.

Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), orang ramai dijemput untuk menyertai Pameran Penjurian Awam Pertandingan Reka Bentuk Arca yang bakal memilih reka bentuk arca terbaik sebagai mercu tanda bersejarah Daerah Kulim.

Penjurian awam ini membawa 20% markah keseluruhan, sebagai ruang kepada warga Kulim untuk terlibat secara langsung dalam pemilihan arca yang paling kreatif, beridentiti serta melambangkan kegemilangan 25 tahun MPKK.

Inilah peluang anda untuk menjadi sebahagian daripada sejarah pembangunan Kulim.

Cara mengundi:

1. Lihat dan nilai 16 karya arca yang dipamerkan di Ruang Legar, Lobi Pejabat MPKK.

2. Imbas kod QR yang disediakan pada poster.

3. Undi reka bentuk arca pilihan terbaik anda melalui borang berikut:

https://docs.google.com/…/1FAIpQLSehkdIT8PVbYV…/viewform

📅 Tempoh undian: 18 Jun 2026 hingga 25 Jun 2026

“Undian anda, identiti mercu tanda Kulim.”

#MajlisPerbandaranKulim

#jubliperakmpkk

See less

Skip to content