KUALA LUMPUR – Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) berjaya merangkul Honour Award dalam kategori Green Product Award pada Malaysia Landscape Architecture Awards 2026 (MLAA16) menerusi projek inovatif “Re:Ba Rewoodvasi – From Waste 2 Worth”.

Anugerah yang disampaikan pada MLAA16 Award Gala 2026 anjuran Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM) itu mengiktiraf usaha MPKP dalam mengubah bahan buangan kepada produk bernilai tinggi, sekali gus menyokong agenda kelestarian dan ekonomi kitaran.

Kejayaan ini membuktikan komitmen MPKP dalam melaksanakan inisiatif hijau yang memberi manfaat kepada masyarakat dan alam sekitar, selain mengharumkan nama Kubang Pasu di peringkat nasional.

#perbandaranbersihindah

#majlisperbandarankubangpasu

#MPKP

🖱 Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/

📱 Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu

📲 Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/

💻Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu

📱 WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1

Skip to content