18 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) meneruskan komitmen dalam memperkukuh kesedaran masyarakat melalui pelaksanaan Kempen Pengurusan Haiwan Terbiar Tahun 2026 yang dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR).

Program pada hari ini telah diadakan di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chio Min B bersama Guru Besar, Encik Tan Eng Hoe, dan di Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik bersama Guru Besar, Puan Nur Azima binti Ya’acob. Program ini turut melibatkan pihak pentadbiran sekolah, guru-guru serta murid-murid.

Pelaksanaan program ini dikendalikan oleh Puan Mar Zatul binti Che Mohd, Ketua Unit, Unit Kesihatan Awam, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran, Jabatan Kesihatan Persekitaran, dengan kerjasama Unit Vektor, Jabatan Kesihatan Persekitaran.

Melalui pendekatan pendidikan komuniti di peringkat sekolah, MPKK berharap agar nilai kasih sayang terhadap haiwan, sikap prihatin serta tanggungjawab bersama dalam menangani isu haiwan terbiar dapat dipupuk sejak usia muda.

MPKK merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Chio Min B dan Sekolah Kebangsaan Tunku Abdul Malik atas kerjasama serta sokongan yang diberikan dalam menjayakan program ini.

Jom jadi komuniti yang hebat! Sayangi haiwan, dan jangan biarkan mereka terbiar.

“𝐊𝐚𝐬𝐢𝐡 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐘𝐚𝐧𝐠 𝐓𝐢𝐝𝐚𝐤 𝐁𝐞𝐫𝐬𝐮𝐚𝐫𝐚”

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

#kempenpengurusanhaiwanterbiar

#kasihuntukyangtidakbersuara

#kementerianperumahandankerajaantempatan

Skip to content