



KUBANG PASU – Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan operasi penguatkuasaan iklan di sepanjang jalan protokol Pekan Jitra bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan dan syarat pemasangan iklan yang telah ditetapkan oleh pihak majlis. Hasil daripada operasi yang dijalankan, sebanyak 17 jenis iklan (signboard) telah berjaya ditanggalkan oleh anggota Penguatkuasa MPKP.
MPKP ingin menasihati orang ramai, syarikat dan pemilik perniagaan agar mendapatkan kelulusan serta permit iklan daripada MPKP sebelum mempamerkan sebarang bentuk iklan bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil. Tindakan ini adalah demi menjaga kebersihan, keselamatan dan imej kawasan persekitaran.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
