PEGAWAI DAERAH KOTA SETAR ANGKAT SUMPAH SEBAGAI AHLI MAJLIS MBAS PENGGAL 2025-2027
Alor Setar, 18 Jun 2026 – Pegawai Daerah Kota Setar, Tuan Azmin Bin Zainol Abidin telah menyempurnakan Upacara Angkat Sumpah Penerimaan Jawatan sebagai Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) bagi penggal 2025-2027, pagi ini.
Upacara tersebut telah dilafazkan di hadapan Datuk Bandar Alor Setar, Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar bin Yahya, bertempat di Dewan Mesyuarat Al-Wafa, Aras 8, Menara MBAS.
Pelantikan Tuan Azmin sebagai Ahli Majlis ini dilihat sebagai satu langkah strategik dalam memperkukuh kerjasama antara MBAS dan Pejabat Daerah Dan Tanah Kota Setar. Seluruh warga kerja MBAS serta barisan Ahli Majlis merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah atas pelantikan ini dan selamat menjalankan amanah demi kesejahteraan warga bandar raya Alor Setar.
