22 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah menerima lawatan delegasi Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) bagi tujuan perkongsian amalan terbaik dan pengalaman dalam pelaksanaan Local Agenda 21 (LA21).

Delegasi MPKP diketuai oleh Encik Zainal Abidin bin Mohamad, Ketua Jabatan Pembangunan Masyarakat dan Perhubungan Awam, dan disambut oleh YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK, Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Setiausaha MPKK serta warga kerja MPKK.

Seterusnya, taklimat pelaksanaan LA21 telah disampaikan oleh Tuan Haji Zaidi bin Zainun, Pengarah Jabatan Pembangunan Masyarakat, MPKK sebagai platform perkongsian pengalaman, inisiatif dan amalan terbaik dalam memperkasakan pembangunan komuniti yang mampan.

Delegasi turut mengadakan lawatan ke Kulim Intelligent Command Centre (KICC) bagi meninjau pelaksanaan teknologi pintar dalam pemantauan operasi bandar secara bersepadu, di samping memahami inisiatif yang dilaksanakan ke arah pembangunan bandar pintar yang cekap dan berdaya saing.

Semoga perkongsian ini dapat mengeratkan kerjasama antara Majlis Perbandaran Kulim Kedah dan Majlis Perbandaran Kubang Pasu demi pembangunan komuniti serta bandar yang lebih mampan.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content