𝟐𝟖 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔 (𝐀𝐇𝐀𝐃)

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐇 𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐘𝐀𝐍

Mesyuarat Majlis Penuh Majlis Daerah Yan Bil. 6 Tahun 2026 telah berjaya dilaksanakan pada jam 10.00 pagi bertempat di Bilik Gerakan, Pejabat Daerah dan Tanah Yan dipengerusikan oleh Tuan Ahmad Fuad bin Che Ani @ Abd Ghani, Yang Dipertua Majlis Daerah Yan.

Agenda mesyuarat kemudiannya dimulakan dengan pengesahan Minit Mesyuarat Bil. 5 Tahun 2026 serta laporan perkara berbangkit, seterusnya diteruskan dengan pembentangan kertas makluman, kertas kerja serta laporan jabatan/unit MDY untuk pertimbangan Majlis.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah Ahli-ahli Majlis (politik dan ex-officio), Ketua-ketua Jabatan/Unit serta urus setia mesyuarat.

Tuan Yang Dipertua dalam ucapannya merakamkan penghargaan kepada semua ahli mesyuarat atas komitmen tinggi, kerjasama padu serta dedikasi dalam menjayakan agenda pembangunan dan perkhidmatan.

Mesyuarat ini menjadi platform penting dalam memastikan Yan terus melangkah ke hadapan sebagai Daerah Pelancongan Desa dan Tenaga.

Skip to content