




23 Jun 2026 – Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengambil tindakan melaksanakan kerja-kerja pembaikan longkang rosak di Lorong Cendawan, Taman Bayam Indah, Lunas.
Tindakan ini membuktikan keprihatinan Majlis Perbandaran Kulim terhadap aduan dan maklum balas penduduk setempat, di samping memastikan sistem saliran berada dalam keadaan baik serta mengurangkan risiko takungan air demi keselesaan komuniti.
Ikuti media sosial rasmi MPKK untuk mendapatkan maklumat terkini berhubung tindakan penyelesaian aduan, hebahan semasa serta perkembangan perkhidmatan kepada warga Kulim.
Terima kasih atas keprihatinan warga Kulim dalam bersama-sama membantu mewujudkan persekitaran yang lebih indah, bersih, maju dan selamat.
“𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑴𝑬𝑵𝑫𝑬𝑵𝑮𝑨𝑹, 𝑴𝑷𝑲𝑲 𝑩𝑬𝑹𝑻𝑰𝑵𝑫𝑨𝑲”