


KUBANG PASU – Jabatan Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kubang Pasu (MPKP) telah melaksanakan satu operasi pemeriksaan lesen premis perniagaan yang melibatkan beberapa lokasi strategik di sekitar daerah ini, termasuk Pekan Tunjang, Bandar Darulaman, Pekan Changlun, dan Ayer Hitam.
Dalam operasi tersebut, sebanyak 45 premis perniagaan telah diperiksa, di mana lima tawaran kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) Pelesenan Premis Tred, Perniagaan dan Perindustrian (MDKP) 2010.
Susulan itu, pihak MPKP menasihati orang ramai serta para peniaga agar sentiasa mematuhi undang-undang yang diperuntukkan dengan memohon lesen perniagaan yang sah, di samping memastikan kesemua terma dan syarat yang telah ditetapkan sentiasa dipatuhi.
Portal : https://pbt.kedah.gov.my/…/majlis-perbandaran-kubang-pasu/
Twitter : https://twitter.com/mpkubangpasu
Instagram : https://www.instagram.com/majlisperbandarankubangpasu/
Facebook : https://www.facebook.com/MPKubangpasu
WhatsApp Aduan : https://wa.link/c38jh1
