Majlis Perbandaran Kulim (MPKK) telah mengadakan sesi pengauditan kepada Ahli Jawatankuasa AKPO MPKK pada 21 hingga 22 Jun 2026 bertempat di Kulim Inn. Sesi ini diadakan sebagai persediaan awal sebelum pelaksanaan Audit Kendiri Perjawatan dan Organisasi dilaksanakan secara rasmi di peringkat jabatan.

Sesi ini menjadi platform penting bagi ahli jawatankuasa diberi kefahaman yang lebih jelas berhubung kaedah pelaksanaan dan keperluan audit, menyemak dokumen, format pelaporan serta garis panduan yang perlu dipatuhi bagi memastikan proses pengauditan berjalan lancar dan berkesan.

Semoga usaha ini dapat memperkukuh tadbir urus organisasi serta meningkatkan kesiapsiagaan jabatan dalam melaksanakan AKPO dengan lebih tersusun dan profesional.

Klik untuk gambar sekitar program

#MajlisPerbandaranKulim

Skip to content