






24 Jun 2026 – Sempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Majlis Perbandaran Kulim (MPKK), Program Ziarah Kasih telah dilaksanakan bagi menyantuni lima (5) orang pesara MPKK yang memerlukan perhatian dan sokongan daripada keluarga besar MPKK.
YBhg. Dato’ Haji Elmi bin Yusoff, Yang Dipertua MPKK; Puan Noorul Azyyati binti Ahmad Salmi, Puan Setiausaha; wakil-wakil daripada pengarah jabatan; ahli Kelab Kebajikan Dan Sukan serta ahli PUSPANITA MPKK.
Dalam lawatan ini, sumbangan berupa barangan asas dan bantuan wang tunai telah disampaikan sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan MPKK terhadap jasa serta pengorbanan para pesara yang pernah berkhidmat di MPKK untuk masyarakat.
Semoga para pesara sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang berpanjangan dan kehidupan yang sejahtera.