PEMAKLUMAN
MAKLUMAN GANGGUAN SISTEM APLIKASI FLEXI PARKING
Dimaklumkan bahawa sistem Aplikasi Flexi Parking sedang mengalami gangguan teknikal buat masa ini. Sehubungan itu, pengguna tidak dapat log masuk ke dalam aplikasi serta tidak dapat membuat bayaran parkir seperti biasa.
Bagi memastikan kelancaran penggunaan kemudahan parkir sepanjang tempoh gangguan ini, tindakan sementara yang boleh diambil adalah seperti berikut:
1) Parkir On-Street (Tepi Jalan)
Pengguna boleh meletakkan kenderaan seperti biasa.
Tiada tindakan kompaun atau penguatkuasaan akan diambil sepanjang tempoh gangguan sistem.
2) Parkir Off-Street (Bertingkat/Berpalang)
Semua palang masuk dan keluar akan dibuka sepenuhnya (always open) sehingga sistem kembali beroperasi seperti biasa.
Untuk makluman, gangguan ini turut melibatkan semua pengguna Aplikasi Flexi Parking di beberapa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri-negeri lain.
Segala kesulitan yang dialami amat dikesali. Sebarang perkembangan lanjut berhubung pemulihan sistem akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
Terima kasih atas kerjasama dan pemahaman semua pengguna.
