

28 Jun 2026 – Mesyuarat kali ini memberi tumpuan kepada beberapa agenda penting termasuk taklimat Projek Naik Taraf Jalan Di Kawasan Kulim yang disampaikan oleh YM Ir. Ts. Tengku Firdaus bin Tuan Lah, Jurutera Daerah Kulim/ Bandar Baharu.
Agenda mesyuarat turut meliputi pelbagai perkara berkaitan pentadbiran, pembangunan, kemudahan awam, kesihatan persekitaran, pelesenan, perancangan bandar serta maklum balas terhadap isu-isu semasa di kawasan pentadbiran MPKK sebagai usaha memperkukuh penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.
Terima kasih kepada semua pihak yang sentiasa memberi kerjasama dalam menyalurkan maklumat, pandangan serta cadangan penambahbaikan demi kesejahteraan bersama.
Kulim bersih, indah, maju dan selamat.